Kemarahan rakyat Mesir sekarang ni memang membuak-buak. Bagi sesiapa yang tak faham dengan apa yang terjadi ketika ini. Aku akan fahamkan sedikit sebanyak dengan apa yang aku tahu. Pemerintahan zalim Hosni Mubarak dah berpanjangan hampir 30 tahun,dan dalam 30 tahun ini banyak penindasan dan kezaliman yang dia dah lakukan. Antaranya,melakukan banyak tangkapan atas beberapa individu yang membangkang cara pemerintahannya dan menyiksa mereka. Bukan tu je,sepanjang tempoh pemerintahan tu juga Mesir dihimpit dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat. Antaranya,masalah kemiskinan,penganguran dan korupsi. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Inilah punca bila negara mengamalkan ekonomi kapitalis. Wang rakyat habis dikaut oleh bangsa asing. Hosni Mubarak juga terkenal dengan persengketaannya terhadap Ikhwanul Muslimin (antara parti terbesar di Mesir). Hosni Mubarak juga dianggap pemimpin yang mengikut telunjuk Amerika dan Israel dalam menganani persengketaan timur tengah antara Palestin dan Israel.
Jadi,tak hairanlah jika rakyat Mesir mahukan pembaharuan sebab sekian lama wang mereka dirompak pemimpin atasan. Kerenah birokrasi yang melampau juga membuatkan kami disini meluat dengan golongan kelas atasan disini. Yang kaya dianggap raja dan yang miskin dianggap hina. Mesir dianggap negara yang bergantung kepada pelancongan,tapi tidak mencirikan sebuah negara yang sedimikian. Kerana walaupun beribu-ribu pelancong asing datang ke Mesir,tetapi kewangan negara masih tidak mencapai kedudukan kewangan yang kuat,dan tidak pula tahu kemana menghilangnya wang yang telah dibawa masuk. Bayangkan dalam sehari beratus kapal akan melalui Terusan Suez,dan berduyun-duyun pelancong akan melawat Kota Kaherah yang penuh dengan sejarah seperti piramid,sungai nil,kawasan membeli belah khan el khalili,kubu Salehuddin Al-Ayubi,muzium perang dan banyak lagi tempat bersejarah di Mesir. Marilah kita sama-sama mendoakan agar keamanan dapat dipulihkan seperti sediakala,kerana ketika ini sejumlah 8000 penuntut Malaysia sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk bahasa arab,pengajian islam dan perubatan yang kesemuanya adalah beragama islam. Ini penting kerana selain dari nilai ilmu yang tinggi di bumi Mesir,kamilah yang akan mencorakkan masa depan negara,insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment