Follow Here

Monday, February 21, 2011

konspirasi tanah arab 2 - berakhirnya penantian ke dua


Disaat tibanya dilapangan terbang perbualan tak putus-putus diantara rakan-rakan tak kira samada daripada pengajian perubatan mahupun pengajian Islam, ade yang mengaji al-Quran, ade yang membaca, mendengar muzik, termenung, tidur dan bermacam-macam ragam lagi, segala-galanya semata-mata mahu lari dari diri dibelenggu kebosanan.  

Seterusnya masih lagi dihari yang sama, suasana menunggu berlanjutan sehingga ke malam dan kebanyakkanya menunjukkan reaksi lesu setelah lama menunggu. Tidak kurangnya aku yang semakin lenguh tubuh badan, bateri telefon bimbit sudah kehabisan hanya bertemankan laptop dan kitab yang tidak dilupakan. Demi untuk menghilangkan rasa kebosanan dan keletihan aku mengangkat kaki untuk mengambil udara segar seketika sambil bersiar-siar disekitar kawasan Lapangan Terbang ditemani hujan renyai. 

.
.
.
.

diantara snap-snap yang sempat aku ambik sebelum hp Sony Ericsson Vivaz terpadam




dilarang parking bagi pesawat yang landing luar dari kawasan...


jambatan Pulau Pinang?

cafe berdekatan

Air Mall - pusat membeli belah




disinilah tempat aku merehatkan diri, menunggu sambil melayari internet dan mengecas semula talefon bimbit, aku cuba menahan tidur tapi akhirnya aku terlelap juga di cafe ini buat seketika.



snap skali lagi time patah balik ke khemah..

inilah anggota TUDM yang bertugas dalam menyusun nama-nama penunmpang untuk menaiki Cali TUDM M13-0 kalau tak silap. lupe pulak nak tanya nama dia..sorry la pak cik yea..

bila sampai ke khemah balik tengok-tengok sema sedang beratur.. nasib baik tak tertinggal..

tiket telah diagihkan seterusnya menuju ke balai berlepas

kali ni mesti berlepas terus tidak syak lagi..





tiba-tiba "anda diminta untuk menunggu selama 2 jam setengah lagi sebelum berlepas" haihh...



Pesawat Cali TUDM



badan pun dah letih, dalam pesawat pun bising nak berbual pun tak kedengaran, jadi jalan terbaik adalah tido.

.
.
.
.
.

kami diberitahu bahawa pesawat yang akan membawa kami ke Jeddah adalah pesawat MAS, Air Asia dan TUDM, jadi kesemua penumpang akan diagihkan berdasarkan angka bilangan rambang jadi siapa yang dapat  menaiki pesawat MAS dan Air Asia beruntunglah dengan keselesaan. Pada mereka yang menaiki Cali TUDM juga dapat melalui pengalaman baru yang tak mungkin mereka dapat merasai pada bila-bila masa.

p/s : syabas buat pilot Cali TUDM dengan reputasi pengendalian pesawat yang cukup profesional.


No comments: