Follow Here

Monday, February 21, 2011

konspirasi tanah arab 1 - bermulanya dari Mesir

Cairo, Egypt bertarikhkan 5.2.2011 semua mahasiswa dan mahasiswi berpusu-pusu ke Lapangan Terbang Kaherah Mesir berikutan rusuhan yang melanda negara tersebut dan perintah kerajaan malaysia yang menyarankan agar semua rakyatnya agar segera pulang ke tanah air supaya tiada perkara yang buruk berlaku. Pergolakkan demi pergolakkan berlajutan diantara Bekas Presiden Hosni Mubarakk, Rakyat, para penyokong, pembangkang, diikuti para perompak dan pencuri serta banduan yang terlepas diri menyebabkan negara bercelaru sehinggakan merebak ke tanah arab yang lainnya seperti Bahrain dan selainnya

Begitulah pentas dunia mencabar rakyat jelatanya untuk mendabik kebenaran yang hakiki, bila mereka dah jemu dengan permainan politik pemerintah dan lakonan media mereka tak gentar untuk bangkit menegakkan kebenaran yang selama ini mereka dambakan. walau apapun yang berlaku sama-sama kita doakan agar Allah s.w.t. mereka yang berjuang keadilan pada jalanNya berjaya diakhir usaha mereka..aminn

so nk jadikan coretan sejarah hidup aku kat sini, aku tak pernah alami suasana DARURAT sebagaimana yang diperkatakan oleh atok2 dan nenek2 kita ala-ala zaman Komunis dulu. Jadi aku bersyukur pada Allah s.w.t. kerana mendekatkan lagi aku padaNya dengan memperlihatkan aku bagaimana untuk merasai perasaan seseorang yang terdesak, kesempitan, huru-hara, hiruk-pikuk, kelaparan, bosan dan kesusahan hal keadaaan darurat.

kalau anda semua seperti ingin merasa keadaan darurat, jawapannya tak perlulah sebab tiada apa yang dapat dibanggakan melainkan kesusahan setiapmasa. So berbanggalah pada negara kita Malaysia yang aman dan makmur ye.

.

.

.

.

.

masa menunggu giliran untuk mendapat tiket penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi kat rumah kawan, tiba-tiba aku terfikir "orang lain sibuk packing bag untuk ke airport, aku bile lagi? " then handphone aku berdering "hello assalamualaikum ni ust saufi ke? enta diminta untuk melaporkan diri esok ke BKAN KL (kampus mahasiswa kl) untuk berangkat ke airport kaherah untuk bertolak ke jeddah esok" . alhamhamdulillah esok aku balik..yeazzzaa

..

..

..

..

..

setiba di lapangan terbang aku ingat aku akan terus berangkat akan tetapi rupa-rupanya masih beribu lagi yang menunggu giliran untuk berlepas kerana kebanyakkan penerbangan delay. Memandangkan traffik udara agak sesat disebabkan pesawat dari berbagai negara jadi terpaksalah bermukim di airport buat sementara waktu.

ruang kaki lima yang jem...
kafeteria yang sesak menyesak...
ttbe terperasan pak cik kastam ni dah salah jaga airpot kot...
khemah pelajar-pelajar Malaysia
riuh ribut..

.

.

.

.

kitaorang sampai waktu petang kat airport so time tu tak tahu la sampai bila kena tunggu, so agak kebosanan ketika itu tapi tak peliklah apetah lagi dalam situasi macam ni, dalam kehidupan pun kita banyak menunggu jadi tunggu la selagi berdaya..

No comments: