Follow Here

Tuesday, February 22, 2011

konspirasi tanah arab 3 - berpijak ditanah Jeddah, Arab Saudi


AHLAN WA SAHLAN

Sejurus selepas penantian dimesir telah berakhir, kali ini misi piramid di teruskan lagi, aku menuju ke Jeddah, Arab Saudi dimana negara yang masyhur kerana disitu terletaknya Masjidil Haram (ka'abah) dan Masjid Nabawi di Madinah. Alhamdulillah perjalanan selama 2 jam setengah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sementara menunggu untuk menjejakkan kaki buat kali pertama aku sempat snap beberapa kepin gambar sebelum hp terpadam.


.
.
.
.
.




menarik, padat dan tersusun


Disini kami ditempatkan di bangunan Tabung Haji yang mana tempat tersebut adalah tempat penginapan bagi rakyat malaysia yang mengerjakan haji. Kawasanya luas dan blok-blok bangunan yang tersusun namun begitu tempat ini mampu menampung semua pelajar-pelajar dari Mesir akan tetapi keadaan dan suasana akan menjadi sesak dan padat. Segala bekalan makanan amat memuaskan dengan hidangan katering tajaan Tabung Haji. Jutaan terima kasih pada Lembaga Tabung Haji kerana menyediakan kelengkapan dan keselesaan pada kami, tak lupa juga pada keluarga-keluarga rakyat malaysia yang bermukim disana yang menyumbang dan membuat amal jariah dengan menyediakan minuman air Zam Zam kurma dan sebagainya.  



Alfu syukran juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa setia menemani dan mencukupkan perisa dalam kehidupan dan pengajian, korang memang terbaik. Sepanjang aku kat sini aku dipertemukan dengan ramai kawan lama, baru, junior dan senior-senior dari sekolah menengah sehinggalah sekarang sehinggakan aku lupa nama-nama mereka tapi mereka ingat nama aku so aku pun nak jaga hati punya pasal ( segan sebenarnya sebab tak tau nama ) aku pun buat-buat ingat je lah..



Setelah seminggu berada di Jeddah sudah tiba masanya untuk berangkat pulang ke tanah air Malaysia, nombor giliran aku untuk mendapat tiket penerbangan pada ketika itu adalah yang ke 5734 boleh tahan sebab kawan-kawan yang lain hampir 10,000. Pesawat Al Wafeer Air B747 adalah pesawat yang akan dinaiki untuk pulang ke tanah air, macam biasalah proses untuk menaiki pesawat memakan masa yang sedikit lama jadi sementara tunggu giliran aku lunagkan masa melayari kawasan-kawasan yang menarik di dalam airport Jeddah, Arab Saudi.







mari membaca safety information


kantong montah wuekk...wuekk..





Alhamdulillah perjalanan dari kota Jeddah, Arab Saudi ke Kuala Lumpur, Malaysia berjalan dengan lancar. Hampir 3 tahun tak balik akhirnya balik juga walaupun dalam keadaan tidak dirancang. Segala yang berlaku telah pun dirancang oleh Allah s.w.t. dan segala pengalaman yang aku alami menjadi iktibar hidup. 



No comments: