Follow Here

Wednesday, February 23, 2011

Ekspresi Tajawwul

pengalaman ni baru je lepas dah

Sewaktu rusuhan berlaku di Mesir semua anggota polis dikerah untuk mengawal tempat-tempat yang kritikal seperti di Kaherah, Suez dan Alexandria jadi boleh dikatakan semua semua kawasan daerah perkampungan lengang dari jagaan pihak polis. Di Mesir kecekapan dan kewibawaan anggota polis sangat popular tapi apabila timbul situasi darurat pihak polis seakan-akan tidak mencukupi dan tidak mampu untuk mengawal masalah tersebut dengan lebih teratur dan disebabkan itu ia menimbulkan kemusykilan serta tanda tanya mengenai prestasi polis berikutan keselamatan negara apabila berlakunya 'pengisytiharan darurat'. 


Segala harga jualan keperluan asasi seperti beras, gula dan lain-lain mula meningkat, setiap laluan jalan raya dipenuhi dengan sekatan-sekatan yang dibina oleh penduduk kawasan sekitar. Sekatan demi sekatan di bina untuk menjaga keamanan kawasan kediaman masing-masing. Berbagai alatan senjata digunakan seperti pedang samurai, parang, pisau, kayu, besi, dan sebagainya untuk mempertahankan diri dari perompak gunung, pencuri dan banduan-banduan yang terlepas. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar malaysia yang turut diminta oleh kejiranan arab untuk turut bersama mengawal keamanan pada waktu malam. so dengan besar jantungnya aku dan kawan-kawan turut sama membantu berjaga sampai ke subuh bajett je sampai pagi bila pukul 3 pagi dah mula merayau cari katil....hoho

aku, ust.Hafiz dan ust.Fakhrurrazi

sepanjang jalan ada sekatan

over night sambil bakar ubi

bakar ubi guna bara ke gune api? >.<

last..last.. ubi terbakar jadi arang api..

nostalgia fakhrurrazi

last snap...

owh mungkin anda tertanya-tanya apa yang akan terjadi sekiranya perompak, pencuri atau banduan di tangkap oleh penduduk yang menjaga kawasan, jawapannya kalau mereka bernasib baik mereka hanya akan disoal siasat dan di pukul hingga parah dan jika tidak maka nama mereka akan hilang dari dunia..

wallahua'lam

No comments: