Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. justeru limpah rahmat keberkatannya terhadap hambanya yang sentiasa dalam kehinaan. Amma ba'du, salam sejahtera pada para pembaca ecehh... sehat ke? katne? buat apa? ni la ayat yang biasa-biasa sgt korang gunakan.... kan!! huhu dah lama sangat tak berkongsi fikrah ngan korang semua, ok untuk post kali ni sempena di bulan yang mulia dan penuh rahmat serta keberkatan ini saya nak kongsikan mengenai Permikiran Saintifik Qurani. ape bende tue?
Dalam Al-Quran terdapat hampir 200 ayat yang berkaitan dengan sains. Antaranya..
Surah Al-Baqarah ayat 164
menceritakan tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, air hujan yang turun menghidupkan tumbuh-tumbuhan, peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung antara langit dan bumi serta lain-lain.
Surah Al-Anbiya' ayat 33
mengisahkan tentang kejadian siang dan malam, matahari dan bulan, setiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (angkasa lepas).
Surah Az-Zariat ayat 7
merakamkan mengenai langit yang mempunyai jalan-jalan (sistem orbit).
Surah Az-Zumar ayat 6
menyatakan Allah menjadikan manusia dalam kandungan berperingkat-peringkat dalam satu kejadian ke satu kejadian dalam tiga suasana yang gelap gelita.
Al-Quran sebagai suluh, memberi pedoman berfikir kepada saintis Islam mengkaji hikmah di sebalik setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t, Muhammad Ibnu Zakaria Ar Razi (865-925), Ismail Jurjani (1136), Qutb Al Din Al Shirazi (1236-1310), Burhanuddin Nafis (1438), Mansur Ibnu Muhammad dan Abu Al Qasim Al Zahrawi adalah sebahagian saintis Islam yang mengkaji bidang Perubatan dan Anatomi.
Al Kindi
memperkenalkan ilmu Relatif Fizik dan teori mengenai relativiti 1100 tahun sebelum Einstein.
Al Biruni
mengkaji ilmu putaran bumi 600 tahun terlebih dahulu dari pada Galileo dan 700 tahun sebelum Newton.
Al Maghribi
menghasilkan konsep equation yang hari ini dikenali sebagai Pascal Triangle, 600 tahun sebelum Pascal.
Shamsuddin
yang hidup 400 tahun sebelum Pasteur, adalah saintis yang pertama menemui kuman.
Thabit Ibnu Qurrah
di abad ke 9 menghasilkan Kalkulus (Differential Calculus) berabad-abad sebelum Newton.
Battani
saintis abad ke 10 merupakan orang pertama menghasilkan ilmu mengenai Trigonometri.
Ali Ibnu Abbas
juga hidup di abad ke 10 adalah doktor yang pertama melakukan pemedahan kanser.
Ibnu Haitam
hidup di abad ke 11 adalah pengasas kepada ilmu sains Optik. Roger Bacon dan Kepler mengunakan asas optik untuk kajian selanjutnya dan galileo pula menghasilkan teleskop atas asas ilmu optik Ibnu Haitam.
Ali Kushchu
saintis Islam abad ke 15, adalah orang pertama melakar peta mengenai bulan dan sebahagian kawasan bulan mengambil namanya.
Semua ini berlaku kerana dorongan saintis Islam untuk mengkaji dan memikirkan hikmah di sebalik kejadian dan kebesaran Allah s.w.t.
Para remaja Islam harus akur bahawa tamadun Islam telah merintis jalan ke arah tradisi sains umat manusia, malah ke arah tradisi sains moden. Keupayaan saintis Islam melakukan penerokaan saintifik dengan jiwa tadabbur yang tinggi membolehkan tradisi sains berkembang dengan pesatnya di Barat.
Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam. Remaja hari ini harus insaf bahawa Islam tidak hanya lahir sebagai suatu sistem kepercayaan tetapi terkandung sumber peradaban yang amat luar biasa tingginya.
Berfikir saintifik Qurani boleh membimbing remaja ke arah kaedah berfikir saintifik dengan merujuk kepada Al-Quran. Al-Quran sebagai sumber petunjuk bukan sahaja memberikan pedoman tentang benda yang nyata dan konkrit tetapi menghubungkan faktor ghaibiyyat sebagai faktor penting kehidupan.
Oleh itu, berfikir saintifik Qurani merangkumi faktor nyata dan ghaib serta faktor nyata memberi isyarat terhadap faktor yang ghaib. Misalan faktor tubuh badan manusia yang hidup adalah faktor yang nyata tetapi faktor yang menghidupkan hayat manusia (faktor roh) adalah faktor yang ghaib. Faktor suburnya tumbuh-tumbuhan dan kehidupan adalah faktor yang nyata tetapi yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan bukanlah faktor manusia kerana manusia tidak melakukan penciptaan tetapi berlaku dari faktor ghaibiyyat iaitu kuasa Allah s.w.t.
Pahaman asas berfikir seperti ini amat penting bagi remaja yang meyakini bahawa Islam adalah cara hidup. Allah menjadikan akal manusia dan usaha penerokaan saintifik untuk menemukan asas-asas kejadian dan penciptaan serta sedikit maklumat tentang hakikat di sebalik kejadian dan penciptaan. Faktor rohaniah remaja terkait rapat dengan kajian saintifik Qurani. Faktor rohaniah membawa remaja kepada percaya tentang kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada tanda-tanda sekeliling kita. Rahmat dan nikmat yang banyak disekeliling kita ada tanda-tanda tentang kebesaran Allah.
Membimbing manusia untuk membina keimanan yang tinggi kepada-Nya, kajian dan penemuan saintifik Qurani membimbing manusia untuk mengetahui di sebalik kajian terhadap daun, akar dan pohon terdapat hikmat herba yang amat menakjubkan. Di sebalik kajian bahan gas dan uranium terhadap hikmat tenaga yang amat luar biasa kesannya. Pada kajian bintang-bintang dan sistem orbit terdapat petanda mengenai pengaturan sistem perjalanan dan perputaran yang tidak mampu dilakukan oleh manusia melainkan kuasa yang maha perkasa iaitu Allah s.w.t.
Para remaja Islam harus bersedia melakukan refleksi dan penerokaan kembali asas-asas ilmu sains yang Qurani supaya kajian saintifik tidak terpisah dengan faktor ghaibiyyah yang memberikan asas keimanan yang luar biasa kepada manusia. Islam tidak dianuti secara sentimen dan emosi. Islam mendidik umatnya dengan tradisi ilmu yang saintifik. Faktor rohaniah apabila dihubungkan dengan faktor saintifik Qurani memberikan jalan berfikir yang serasi antara faktor yang nyata dengan faktor yang ghaib. Berfikir saintifik Qurani bakal mengembalikan semula asas epistemologi ilmu sains ke arah yang fitrah.
Selama ini Barat memperkenalkan kaedah empiris yang melihat faktor uji kaji, pemerhatian, pemerolehan data dan fakta sebagai satu-satunya asas saintifik dalam rumusan dan diagnos, tetapi tradisi sains Islam tidak menolak faktor ghaibiyyah sebagai landasan membangun epistemologi baru yang sifatnya lebih integratif. Saintis Barat cuba mengatakan bahawa Agama, Tuhan dan Quran adalah dogma atau khayali dan tidak ada asas saintifik yang rasional. Namun itulah yang berlaku dalam tradisi sains Islam dimana Al-Quran dijadikan sumber melakukan tadabbur iaitu uji kaji dan penyelidikan saintifik. Memang Al-Quran tidak menyediakan formula yang lengkap mengenai sains tetapi Al-Quran memberikan manusia perisyaratan tentang kejadian dan manusia melakukan tadabbur hasil dari perisyaratan tersebut dan akhirnya menemui fakta-fakta saintifik yang selari dengan apa yang diisyaratkan.
Asas ini memerlukan pemikiran reflektif, remaja melihat kepada pencapaian saintifik kini dan melakukan refleksi terhadap pencapaian masa lalu. Kemudian mengolahnya kembali dalam kaedah berfikir saintifik Qurani yang bakal membawa dan membimbing manusia kembali kepada tradisi sains Islam yang asli. Tradisi itu memerlukan penerokaan terhadap yang nyata dengan yang ghaib dan akhirnya menemukan manusia dengan hikmat dan asas hakikat yang besar maknanya terhadap keimanan dan ketaqwaan manusia terhadap Pencipta.
#####################
Zaman sekarang kita sentiasa terdedah kepada virus pukauan pemikiran, brape ramai tokoh-tokoh dunia yang kita pelajari dari sek rendah? bagaimana dengan tokoh-tokoh Islam yang dijulang? mane lebey banyak? hah jawabb !!!!! haha aku pun tak la ingat sangat huhu..itu belum masuk kes-kes artis-artis dan para pemimpin.
haa...itu lah dia pengertianya ngerti? hah, ape!! nak lagi? alalaaa korang nih tau la rindu kat aku yang lama tak berbloggeng neh cukup untuk hari biau sikit tapi berkat kalau banyak pon tak ingat punye same macam buke pose gak cuba makan banyak sekaligus sah-sah korang merangkak macam biawak huhu silap-silap muntah hijau.. hoho eh ape aku merepek neh aduyaiii sifirnya macam nie aku bukakkan pintu, korang fikir dan pilih la mengunakan logik akal okayyyy!!!
p/s : pendek kate tokoh-tokoh Islam pecah otak berkorban diri untuk pertahankan tiang dan maruah agama untuk korang dan generasi lepas korang, tapi kita buat tak nampak n malas nak layan tapi kalau dalam hati percaya pada diaorang n teguh pegangan akidah agama takpela juga ini tak dah la tak nak tolong bahkan nak ghobohkan pulak mcm aku kat sek ren pulak time darjah 3 buat keje sek malas pastu nk rosakan org lain pune keje sek...haha fikir fikirkan lah....
No comments:
Post a Comment