"Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang ia kehendaki dan sesiapa yang dikurniakan akan hikmah maka sesungguhnya ia telah dikurniakan dengan kebaikan yang banyak dan tidaklah mendapat pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang mengunakan akal fikrannya" Al-Baqarah : 269
Setiap orang ada cara dan gayanya dalam menghadapi sesebuah situasi begitu jugalah yang perlu ada dalam setiap diri kita. Dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami ialah "strategi". Tambahan pula dalam fatrah untuk menghadapi peperiksaan sudah tentunya akan ada pelbagai cara sama ada dari segi pembelajaran, membuat nota, pembahagian masa dan study group. Pentingnya stategi ini adalah supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekaligus dapat mengelakkan daripada tekanan ketika peperiksaan semakin hampir.
Selain itu, dengan adanya "strategi" dapat melatih diri untuk bijak dalam membuat perancangan. Sepertimana untuk membina sebuah bangunan yang besar, mana mungkin ianya dibina tanpa dirangka pelan terlebih dahulu kerana dengan berdasarkan rangkaan pelan itulah yang dapat membantu sepanjang pembinaan bangunan tersebut, bukan itu sahaja strategi juga mendorong pemikiran untuk merealisasikan sesuatu dengan lebih kreatif dan kreatis.
Kesimpulannya apa yang pasti setiap orang perlu ada strategi diri terutamanya untuk menempuh ujian dan cabaran dalam kehidupan yang penuh misteri dan jangan sesekali memperkecil-kecilkan tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita selaku hamba Allah di muka bumi ini.
p/s : ilmu dan pengalaman juga perlu diambil kira termasuklah bermusyawarah..... jadi bagi yang kecundang, bersedih, terpinga-pinga, fenin, blur dan sewaktu denganya, tarik nafas, beristigfar, berselawat, buat hot choclate dan bangkitlah segera kerana masa dan kehidupan tidak akan mengendah serta menunggu kita.
No comments:
Post a Comment