Follow Here

Monday, August 30, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ila Ardhil Kinanah

Khas untuk Pelajar yang akan datang tidak lama lagi dan Mereka yang ingin mengenali Al-Azhar

Assalamualaikum,

Semoga sahabat2 yang ana sayangi dalam keadaan sihat sejahtera... Sedar tak sedar, khabar tak khabar bulan ogos dah sampai ke penghujungnya Ramadhan pula sudah ke pertengahannya.. Ini menandakan akan tibanya bulan yang dinanti2kan iaitu Syawal (Allahummaghfirlana zunubana), rase mcm baru sahaja ana mula berpuasa ramadhan, seolah2 beberapa hari sahaja baru berlalu, berapa pantas masa berlalu, umur penulis pun telah masuk 24 tapi tak la tua sgt kan... Ok la dalam post ni ana bukan nak cerita pasal Ramadhan ataupun Syawal, mungkin akan ade jgk, tp pada post yg mendatang. Pertemuan kali ni ana nak bagi sedikit pendedahan kepada adik2 ana yg akan sampai selepas raya ni (walaupun ade yg lbh tua) selaku orang yang mempunyai sedikit pengalaman disini. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan untuk keberadaan antum disini, mgkn satu post ini tidak mencukupi. Memadai rasanya pertemuan pertama ini ana ceritakan serba sedikit tentang Al-Azhar yang mana antum pasti telah dengari ianya mempunyai cawangan2 yang pelbagai. Namun ana pasti antum tidak akan mampu gambarkan gambaran yang sepenuhnya sebelum tibanya antum ke sini. Mungkin dengan sedikit pendedahan ini dapat menambah sedikit gambaran kepada antum tentang Al-Azhar sebelum seketibaanya antum ke sini...

Pertama : Sejarah Al-Azhar :

Universiti Al-Azhar Induk terletak di Kaherah, manakala terdapat dibawahnya beberapa cawangan lain yang boleh pelajar2 Malaysia masuki. Berikut ialah senarai2 nya :

1- Universiti Al-Azhar Kaherah (Induk)

Kesemua bidang disediakan disini, agama mahupun akademik, tetapi mempunyai dua kawasan yang berlainan, dimana Kuliah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab di satu kawasan (gambar pertama) dan yang selebihnya disatu kawasan yang lain (gambar kedua). Ana akan ceritakan kelebihan serta suasananya dalam post mendatang...

2- Universiti Al-Azhar Shibin el-kom, Al-Manofia

2.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Usuluddin Kuliah Bahasa Arab

2.2- Struktur :

Shibin el-kom adalah satu markaz(daerah) daripada Muhafazah(Negeri) Manofia yang hanya diselangi satu negeri utk sampai ke Kaherah iaitu Banha. Ini bererti Shibin El-Kom ialah cawangan Al-Azhar yang paling hampir dengan Kaherah. Daerah ini bersuasanakan Rif(kampung)menjanjikan ketenangan bagi mereka yang menghuninya. Walau bagaimanapun jumlah pelajar Malaysia di sini semakin berkurangan dalam lingkungan 40 org sahaja, tetapi satu pilihan yg baik juga jika kampung menjadi pilihan anda, kerana anda mampu berulang-alik ke kaherah setiap minggu untuk bertalaqqi dengan masyayikh, sepertimana yang dilakukan sebilangan kecil mahasiswa di sini. Namun ada kedengaran permintaan disini tidak digalakkan oleh pihak kedutaan ekoran result yg agak merosot.

3- Universiti Al-Azhar Zaqoziq, As-Syarqiyyah :

3.1- Bidang2 yang ditawarkan:

Kuliah Usuluddin Kuliah Bahasa Arab

3.2- Struktur :

Zaqoziq Merupakan ibu negeri bagi negeri Syarqiah, ini bermakna ianya bersuasanakan bandar, tetapi tidak terlalu sibuk. Tempat yang masyhur dengan ketampanan serta kecantikan ahli2nya, kerana dikatakan penduduk disini kebanyaknnya berketurunan Nabi Yusuf, sejauh mana kebenarannya, ana sendiri pun tidak mengetauhinya. Mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke Kaherah. Ianya juga amat baik bagi mereka yang tidak menginginkan ketenangan yang keterlaluan juga kesibukan yang melampau dek kesederhanaan adalah cara hidupnya.

4- Universiti Al-Azhar Tonto, Al-Ghorbiyyah

4.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Syariah Islamiah Kuliah Usuluddin

4.2- Struktur :

Merupakan ibu negeri Ghorbiyyah sepertimana Zaqoziq, Juga mengambil masa 2 jam untuk sampai ke kaherah dgn diselangi oleh dua buah negeri iaitu Banha dan Manofia. Bersuasanakan bandar yang agak sibuk, menjanjikan pelbagai kemudahan untuk antum kemana2.

5- Universiti Al-Azhar Tafahna Al-Asyraf, Daqohliah

Gambar sahabat ana ketika berjalan di Tafahna

5.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Syariah Islamiah sahaja

5.2- Struktur :

Tafahna Al-Asyraf merupakan nama sebuah kampung yang berada di hujung negeri Daqohliah bersebelahan dengan Zaqoziq. Ia lebih hampir dengan Universiti Al-Azhar Zaqoziq berbanding Mansuroh walaupun berada dalam satu negeri. Mengambil masa 2 jam setengah untuk ke Kaherah, dan pelajar malaysia di sini semakin berkurangan, disebabkan keluarnya sedikit demi sedikit dengan kejayaan akan tetapi tidak ada sebarang penambahan pelajar di sini. Ana diberitahu hanya seorang pelajar malysia ke sini tahun lepas, suasana ini terjadi ekoran Tafahna merupakan satu kawasan yang bersifat kampung yang keterlaluan, dan kesukaran bagi mendapatkan sebarang kemudahan.

6- Universiti Al-Azhar Itai Barud, Buhairoh

6.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Bahasa Arab Sahaja

6.2- Struktur :

Terletak di satu daerah di dalam negeri Buhairoh, diantara Tonto untuk sampai ke Damanhur jika melalui torik Ziro'i (kampung), bersifat kekampungan. Hanya ada 2 org pelajar Malaysia disini namun tidak menetap disini, sebaliknya menjadikan Damanhur sebagai pilihan kerana jarak masa yang diambil hanya 20 minit. Memilih tempat yang kurang pelajar Malaysia hanya akan menatijahkan dua perkara, samaada risikonya ialah antum sedikitpun tidak diberi perbezaan dengan golongan Mesir. Ataupun antum akan diihtiromkan lantas 4 tahun dalam genggaman...
7- Universiti Al-Azhar Damanhur, Buhairah

7.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Syariah islamiah

7.2- Struktur :

Damanhur Pula merupakan ibu negeri Buhairo, perjalanan hampir 3 jam dari kaherah setelah melintasi Banha, Manofia, Tonto. Bandar yang bersifat tenang, tidak sibuk serta MADINAH NAZIFAH yang menjadi cogan kata ibu negeri ini menjanjikan kesederhanaan kepada siapa yang menghuninya. Dihuni hampir 200 pelajar Malaysia, hatta terdapat satu imarah 7 tingkat didiami oleh pelajar kita, ianya merupakan satu pilihan yang sederhana kepada antum.
8- Universiti Al-Azhar Dasuq, Kafr Syeikh

8.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Usuluddin Kuliah syariah Islamiah

8.2- Struktur :

Bersebelahan dengan Damanhur tetapi berada di bawah negeri lain iaitu Kafr Syeikh, Ianya tidak lagi menjadi pilihan pelajar Malaysia, dan juga tidak disenaraikan dalam tempat yang boleh diminta. Namun ana tidak pasti adakah ianya telah ditutup 100 peratus utk pelajar kita atau ianya memang tidak diminta oleh pelajar2 baru. Apa yng pasti, pelajar kita masih ada sekitar 10 orang disini.
9- Universiti Al-Azhar Mansuroh, Daqohliah

9.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Usuluddin (Ikhwah & Akhowat) Kuliah Bahasa Arab (Ikhwah & Akhowat) Kuliah Syariah (Akhowat sahaja)

9.2- Struktur :

Mansuroh adalah ibu Negeri Daqohliah yang mengambil masa 3 jam utk sampai ke sana dari Kaherah. Bersifat Bandar yang sederhana namun lebih sibuk berbanding Damanhur, merupakan satu laluan untuk sampai ke Dumyat. Ianya satu kawasan yang terdapat ramai pelajar kita disana lantaran daripada menjadi tumpuan pelajar perubatan yang lebih ramai dr pelajar kuliah agama.
10- Universiti Al-Azhar Iskandariah

10.1- Bidang2 yang ditawarkan : ( tetapi hanya untuk Akhowat )

Kuliah Syariah Islamiah, Kuliah Usuluddin & Kuliah Bahasa Arab

10.2- Struktur :

Negeri yang terletak selepas Buhairoh tanpa ada sebarang perantaraan, merupakan kawasan paling atas dalam peta Mesir, bersifat bandar yang maju serta cantik sehingga antum akan dapati kebanyakan jawapan yang akan dijawab oleh penduduk Mesir apabila diajukan soalan tentang sebaik2 negeri di Mesir adalah "ISKANDARIAH", berkedudukan di tepi pantai yang masyhur dengan keindahan pantai2 nya. Namun rasanya tak perlulah ana cerita panjang disini, krn ianya bkn tempat yang boleh antum minta.
11- Universiti Al-Azhar Dumyat

11.1- Bidang2 yang ditawarkan :

Kuliah Syariah Islamiah, Kuliah Usuluddin & Kuliah Bahasa Arab.

11.2- Struktur :

Mungkin ada dikalangan sahabat tertanya mengapa Dumyat yang ana letakkan di akhir, walhal ana telahpun tahu yang kebnyakan sahabat menjadikan ia sebagai pilihan dalam borang yg telahpun diisi. Ia lantaran merupakan Universiti Al-Azhar yang boleh dimasuki oleh pelajar Malaysia paling jauh dr kaherah, yg mengambil masa 4 jam atau lebih. Namun begitu ia merupakan satu pilihan yang bijak bg mereka yang inginkan ketenangan disebabkan kecantikannya serta langsung tidak bersifat dengan kesibukan, dan berkedudukan di persisiran pantai. Sehinggakan antum akan merasakan seolah2 berada di Malaysia, lantaran kebersihannya yang tidak akan antum jumpa di tempat lain di Mesir. Inilah 11 Universiti terdiri dari satu induk dan 10 cawangan yang terdapat pelajar Malaysia dan mungkin antum masuki... Apa pun lain orang lain citarasa, tetapi apa yang kita rasa baik perlu kita ceritakan... insyaAllah jumpa lagi...

No comments: