Follow Here

Friday, August 14, 2009

persidangan di anjung tokmiah

Pada 14 Ogos 2009 bersamaan 23 Sya'ban 1930, di hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan telah berlangsungnya satu persidangan yang tak rasmi di salah sebuah kedai Tokmiah . Situasi ini berlaku lebih kurang 20 minit selepas selesai solat Jumaat berjemaah di sebuah masjid besar di muhafazah Dumyat kalau dalam bahasa English orang panggil New Damietta City, Egypt. Nama masjid itu Masjid Ar Rahman di Hayyu Ula.
Nak jadikan ceritanya, tajuk perbincangan pada masa itu tak ada la penting sangat sehingga melibatkan negara, hmm...tapi boleh di kategorikan penting la juga, mengenai isu semasa. Tajuknya berbunyi begini " Keajaiban Natijah dan Lautan Emosi ", lebih kurang macam tu lah bunyinya tapi ada lagi yang hebat iaitu ahli panelnya,masing-masing mempunyai Kenyataan-kenyataan, pendapat-pendapat dan analisis-analisis yang berbeza. Mereka adalah mahasiswa Universiti Al-Azhar As-Sharif di Dumyat, mari kita kenali siapa mereka...
Ustaz Khalid - Ahli Lughoh Arabiah
Beliau mempunyai kelebihan yang istimewa dalam bidang yang diceburi iaitu Qism. Lughah Arabiah di Universiti Al Azhar As As sharif dan tergolong dikalangan ulama' muda yang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia.
.Ustaz Hafizuddin - Ahli Syariah Islamiah
Beliau merupakan pelajar kelepasan pondok yang mempunyai pengalaman luas yang mengenai ilmu agama termasuk kitab- kitab Turath dan Jawi. Mempunyai Kretiviti yang tersendiri dan insyallah akan membuka sebuah pusat pengajian suatu hari nanti. sama-sama kita nantikan dan mendoakanya.
Ustaz Arif - Al Hafiz Al Quranur Karim
Sebelum ini beliau merupakan salah seorang pelajar tahfiz disalah sebuah sekolah tahfiz di Malaysia, yang mana sek itu boleh dianggap lagenda kerana kebanyakan pelajar yang tamat dari sana mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bidang Al Quran.
Ustaz Zul (kiri) - Exco DPMD (Unit Sambutan dan Rahlah)
Beliau baru sahaja dilantik sebagai Exco di Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat kerana kebolehannya dalam berpersatuan dan kepekaan dalam melakukan tugasan. Oleh itu ulama' yang akan datang bukan sahaja Faqih dalam bidang agama akan tetapi dari segala sudut.
Ustaz Shuhaib (kanan) - Exco DPMD (Unit Penerangan dan Penerbitan)
Beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Exco Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat sesi 2009/2010. Merupakan ulama' muda yang akan berjaya di masa hadapan. Kembali kita kepada perbincangan yang diutarakan disini, perbincangan mereka berkaitan dengan musim natijah yang melanda di Dumyat. Ada yang mendapat berita yang mengembirakan dan ada yang tidak, tetapi apa yang menjadi kemusykilan disini adalah sikap tekun berusaha yang di tunjukkan oleh para sahabat, kalau nak dikatakan mereka tidak cakna dalam pengajian jauh sekali tapi tidak semua yang mendapat berita yang mengembirakan. Ini sudah tentu mendukacitakan mereka. Dari aspek permarkahan pula, ada maklumat-maklumat dari sumber yang dipercayai mengatakan ada sesetengah mereka mendapat kadar markah yang agak tinggi tapi hanya mendapat taraf 'maqbul' dan begitu juga sebaliknya, ini mungkin terdapat kesilapan yang berlaku atau terlepas pandang dalam pengisian markah dan ini juga mungkin terdapat sebab-sebab tertentu yang tidak dapat di perkotak-katikkan, "Wallahu a'lam". Bukan itu sahaja, isu selanjutnya ialah cara untuk mengatasi semangat yang luntur bagi para sahabat yang mendapat berita yang tidak menyenangkan, berbagai cadangan dan buah fikiran yang di lemparkan akan tetapi masih belum mendapat jalan yang terbaik bagi permasalahan ini. Seterusnya mengenai mereka yang mendapat keputusan "Atas Pagar" contoh mereka yang membawa 3 atau 4 madah, harapan bagi mereka masih ada jika mereka berusaha membawa harapan ini ke muka pengadilan maksudnya ke Mudir Kuliah atau A'mid Kuliah bagi mendapatkan ihsan daripada pihak atasan dan syu'un, insyallah akan berhasil. Dan akhir sekali sebagai penutup sambil menjamu tokmiah, air fayrouz dan moyyah sabil, masing-masing memberi nasihat dan peringatan untuk lebih berusaha dan lebih cermat dimasa akan datang kerana setiap peluang yang datang bukan mudah, oleh itu jangan lepaskan. Demikianlah berakhirnya persidangan di anjung tokmiah, motif dan apa yang ingin di tonjolkan disini ialah kami disini mengambil berat tentang sahabat-sahabat seperjuangan kami, segala apa yang mereka rasai samada gembira, sedih, susah, senang, sakit, sihat, dan apa sekalipun kami akan turut rasai dan perihatin, walaupun ada diantara kami berbeza umur, prinsip dan pendapat akan tetapi atas dasar ikhlas dan ihsan kerana Allah kami tidak membezakan satu sama lain kerana kita berjuang atas dasar yang sama, Demikian ialah Islam..
" sesiapa yang berusaha, dia akan memperolehinya (apa yang diusahakan), dan sesiapa yang malas, gagal lah baginya " - Hukama'

No comments: