Seperti biasa, sebagaimana yang berlaku di kebanyakan institut-intitut pengajian tinggi dimana debaran semakin kuat terasa apabila sampai musim kemuculan natijah, ada yang pengsan, sedih, gembira dan lain-lain lagi. Namun lain tempat lain lah keadaannya, seperti di Universiti Al-Azhar As-Sharif cawangan Dumyat juga dikenali sebagai "Lubuk Kerang" beginilah keadaannya....
Bagaimana? begitu mudah bukan, senarai natijah hanya ditampal didinding-dinding bangunan kuliah, tidak seperti sesetengah Universiti lain dimana senarai keputusan dipaparkan diruangan-ruangan khas atau dibilik-bilik cermin seperti di Uni. Tenaga Nasional Bangi, Kolej Twintech Damansara, UITM Shah Alam (p/s ; eh, macam kenal je nama-nama uni ni semua) dan selainnya. Begitulah imej Universiti Al Azhar di Ardhu Kinanah ini, walaupun stuktur bangunan tidak semaju seperti dinegara-negara lain akan tetapi apa yang penting ialah kualiti ilmu yang amat tinggi. Anyway, setiap tempat ada kelebihanya masing-masing, yang penting belajar.
Beginilah tiap-tiap hari bagi mereka yang ingin melihat natijah imtihan. Nampak dari jauh corak susunan senarai natijah amat teratur, akan tetapi "Rokkom Julus" angka giliran amatlah berterabur. Bukan ape supaya kita lebih suspen dan berusaha mencari dengan penuh debaran.
salah satu senarai natijah
Masih lagi mengekalkan sistem manual (penulisan), biasanya senarai dicetak menggunakan komputer dan alatan-alatan canggih yang lain tapi tidak disini. Ada juga sesetengah urusan dicetak menggunakan alatan moden seperti soalan-soalan imtihan (exam) dan surat menyurat. Disamping itu seni tulisan para-para Dr. disini juga terkadang amat susah untuk dibaca bak kata orang tulisan bertaraf tinggi la katakan, tapi itu hanya sementara bila dah lama-lama sikit nanti " masyi " (boleh) la. Ini juga menunjukan yang mereka ringan tangan untuk menulis, seperti ulama' - ulama' dahulu sebab itulah banyak karangan-karangan dan kitab-kitab yang dihasilkan. Bagi sahabat-sahabat yang berjaya tahniah dan bagi yang kecundang bersabarlah dan jangan lah berputus asa dari Rahmat Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment