Follow Here

Friday, August 14, 2009

betapa sayang nya Allah pada kita

Dengan lahirnya kita sebagai insan yang sempurna, kadang kala kita tercari-cari atau tidak terfikir apakah tujuan kita hidup didunia, mengapa aku harus melaluinya dan akhirnya kita terapung-apung di awangan. setelah sekian lama kita mencari, masih tidak menemui jawapan yang tepat. Kehidupan semakin menyukarkan bagi kita, perubahan yang tidak dapat tidak kita harungi, dilengkapi pula dengan ujian-ujian onak kehidupan yang tidak disenangi ditambah pula impian dan harapan yang tidak tercapai. Keluhan demi keluhan, merintih seperti bayi kelaparan akhirnya pasrah dihujung jalan. Akhirnya kata-kata diungkapkan "bagaimana tuk ku meneruskan kehidupan dengan segala ujian dan tohmahan yang berkeliaran ? apakah pulangan dengan semua ini ? kepada mana lagi harus airmata ini dilinangi kerana aku tidak mampu bertahan lagi dengan semua ini ..." Kita sekali lagi tidak menyedari bahawa segala persoalan kita pada hari ini telah pun terjawab oleh kerana kita TIDAK YAKIN akan jawapan yang telah diberikan. Bukan itu sahaja, akan tetapi segala persoalan daripada zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah Hari Kebangkitan juga telah terjawab didalam kitab Al Furqan atau lebih dikenali dengan Al Quranul Karim. Perhatikanlah wahai pembaca betapa sayang nya Allah pada kita sehinggakan di dalam Al Quran diselitkan dengan motivasi dan jawapan-jawapan dari seribu persoalan supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju keperhentian abadi....
Kenapa AKU DIUJI ? " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; "kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Kenapa Aku TIDAK DAPAT apa yang AKU IDAM-IDAMKAN ? " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau padahal is amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 Kenapa UJIAN SEBERAT INI ? " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 Aku merasakan TEKANAN dan TIDAK BERDAYA LAGI! " Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orangyang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ? " Wahai orang-orang yang beriman Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200 " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." - Surat Al-Baqarah ayat 45 APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI ? " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." - Surah At-Taubah ayat 111 KAPADA SIAPA AKU BERHARAP ? " Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadanya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129 AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI .. "....dan janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Demikianlah beberapa contoh persoalan yang popular pada zaman ini. Oleh itu tingkatkan keyakinan kita dan bertaqwalah pada Allah s.w.t.

No comments: