Takwa yang dimaksudkan dalam firman Allah di atas membawa erti - patuh atau taat setia seorang Islam dalam melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya. Mereka yang bertakwa adalah orang yang beruntung, berjaya dan telah sampai kepada darjat yang tinggi dalam ibadatnya kepada Allah.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.
''Sebab kebanyakan manusia masuk ke syurga ialah kerana takwanya kepada Allah dan sebab kebaikan budi pekerti''.
Dengan memahami selok belok ibadat puasa ini diharapkan kita yang akan mengerjakan ibadat ini sampai ke tahap 'At-Taqwa'. Barulah kita merasa puas dan sempurna akan apa yang kita telah kerjakan. Tidakkah nanti terjadi seperti sabda Rasululah s.a.w yang maksudnya ;
Puasa bererti menahan diri daripada makan minum atau bersetubuh atau apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa serta menahan diri daripada perkara-perkara yang sia-sia, menimbulkan syahwat dan juga meninggalkan perkataan-perkataan yang diharamkan, menurutnya dari waktu fajar hingga terbenam matahari.
- Gembira ketika ia berbuka.
- Gembira ketika menemui Tuhannya nanti.
Puasa akan memeliharakan nafsu, penyakit dengki serta memelihara lidah dan segala anggota dari melakukan maksiat dan hati sentiasa terpelihara dari sebarang niat yang serong. Puasa yang dikerjakan berserta iman memungkinkan mencapai kepada keluhuran budi, bersifat sabar, tawakal, pemurah dan bersederhana rasa dan lain-lain sifat yang santun dan mulia.
Puasa sebenarnya melatih diri supaya bersifat sabar, kuat dan tahan menderita menghadapi segala cubaan, kesusahan dan kemurungan yang menimpa diri. Ia juga menguatkan iman kepada Allah, kerana keimanan kita kepada-Nya yang menyebabkan kita sanggup menahan diri dari keinginan syahwat-syahwat jantina dan syahwat tekak pada siang hari dalam masa kita berpuasa. Puasa juga dapat melatih diri menjadi orang yang muqarabin (hampir kepada Allah). Puasa dapat melatih diri menjadi seorang yang amanah. Bagaimana tidak, walaupun kita sering bersendirian, jauh dari pemerhatian orang lain, namun kita tetap amanah dan meneruskan puasa kita kerana kita yakin Allah Maha melihat, kita amanah kepada puasa yang sedang kita lakukan dan ia dapat mendidik jiwa mentaati segala suruhan Allah.
(Rukun-Rukun Puasa )
Niat
Hendaklah berniat puasa pada malamnya untuk puasa esok hari. Niat adalah gerakan hati, bukannya gerakan dua bibir. Niat ini perlu dilakukan pada setiap malam, waktunya, mulai jatuh matahari hingga sebelum terbit fajar. Segala apa jua amalan dikira mengikut niatnya, tanpa niat sesuatu amalan tidak sah.
Walau bagaimanapun, dikhuatiri sepanjang kita berpuasa sebulan Ramadan ini, berkemungkinan pada malam-malamnya kita terlupa berniat maka kita digalakkan berniat bagi sebulan Ramadan itu dengan meniatkan pada malam sebelum hari pertama berpuasa dengan niat. Aku berniat puasa esok hari dan hari-hari seterusnya sepanjang bulan Ramadan yang wajib atasku kerana Allah Taala.
Menahan diri dari makan, minum, bersetubuh dan muntah serta meninggalkan segala apa sahaja perkara-perkara yang membatalkan puasa.
( Amalan sunat semasa berpuasa )
Makan sahur serta mentakhirkannya.
( Adab ketika berpuasa )
Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:
Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya,
" Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah ialah orang yang senang bermesra dan senang dimesrai, dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah ialah yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkan antara sesama manusia "
No comments:
Post a Comment