Firman Allah s.w.t. didalam Al-Quran yang bermaksudnya " sekiranya kamu bersyukur nescaya aku menambahkan bagi kamu, dan seandainya kamu kufuri, sesungghnya azabKU amatlah pedih". Surah Ibrahim - ayat 7
Hari ini ada suatu perkara yang ingini saya sentuh, munkin saudara dan saudari tidak perasaan. Bagaimana kita menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa, seorang insan, seorang anak, seorang pelajar, seorang pekerja, pereka fesyen, peniaga, guru, ustaz, dan berbagai-bagai lagi. Kita makan, minum, main, kerja, melepak, ada duit, tak ada duit, selesa, ada rumah besar, kereta besar, perniagaan maju, jalan sana sini, pendek kata semuanya mudah, senang, bebas dan menyeronokan, apatah lagi zaman dah berubah, maju dunia kalau nak ape-ape tak perlu bersusah payah seperti dulu. Ini adalah satu revolusi perubahan yang dianggap baik.
Tapi kita jangan bersikap "memandang hanya dengan satu mata". Janganlah kita semua diperbodoh-bodohkan oleh zaman kita sendiri. Setiap detik yang dilalui yang terlepas dari mata kita sangat amat berharga, tak kiralah masa lapang, masa rehat, masa mengeluh, masa bersedih, masa gembira, oleh kerana demikian adakah kita sedar dalam seribu detik berapa detikkah kita ingat pada Allah s.w.t ? berapa kali kita sebut namaNya? berapa ribu kali kita sebut kalimah syukur padaNya?. Ada orang berkata " ape! dalam sembahyang x cukup ker? ". Amboi amat mudah sekali perkataan ini dilemparkan, kalau setakat sembahyang celang celup, tak payah la nak banggakan diri, bukan kata tak cukup, sah ke tak pun belum tentu lagi, rukun sembahyang entah ingat ke tidak, tengok-tengok sembahyang lupe ambik air sembahyang.
Malaysia adalah sebuah negara Islam namum terlalu banyak perkara maksiat yang masih dilakukan oleh masyarakat kita sekarang ini, dengan ARAKnya, penZINAan yang berlaku sana sini, gejala DADAH yang tak habis-habis, memBAZIR sana sini, menonjolkan AURAT tanpa segan silu seperti tiada harga diri. Jadi apakah peranan kita sebagai seorang muslim dan muslimah? lebih-lebih lagi apakah peranan kita sebagai warga negara malaysia?
Ape tak cukup lagi ke kesenangan yang Allah s.w.t. berikan kepada kita? sehinggakan kita melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam. Kita tidak akan dapat minum air kosong walau pun seteguk sekiranya Allah s.w.t. tidak mengizinkan, tapi lepas dapat minum air itu apakah kita bersyukur? adakah kalimah 'ALHAMDULILLAH' amat payah untuk di sebut? bukan dikenakan bayaran pun. Itu baru minum air kosong, bagaimana pulak dengan perkara-perkara yang lain. betapa lalainya kita...
Demikian juga dizaman sekarang tidak semua orang yang memandang tinggi pada mereka yang mempelajari ilmu agama, ada diantara mereka berkata " eleh, ilmu agama konon, sekarang ni ustaz pun buat maksiat juga, bahkan lebih teruk lagi". Para ustaz dan mereka yang mempelajari ilmu agama adalah seorang manusia yang mempunyai hati juga hawa nafsu yang perlu diperangi. Akan tetapi mereka yang mempelajari ilmu agama secara tidak langsung mereka telah mengikat satu perjanjian pada Allah s.w.t. yang mana seandainya mereka berjaya dalam perjuanganya dalam menegakan tiang agama maka mereka akan sentiasa mensyukuri dan jikalau kecundang maka mereka berserah diri kepada Allah.s.w.t. seratus peratus untuk menghakiminya.
Oleh itu janganlah kita lupa pada yang Maha Esa, pelbagai maksiat dan perkara yang melanggar syariat agama yang melanda di Malaysia sekarang ini. Cuba kita ingat kembali bala yang pernah menimpa negara kita dahulu, Masih tak cukup ke musim KEMARAU yang pernah melanda, virus AIDS yang bengis, SELSEMA BURUNG yang menular, TSUNAMI yang menganas, TANAH-TANAH yang tehakis kerana merajuk, dan sekarang simtom H1N1.
Perangai kita ni pula, takkan lah bila dapat bala baru nak insaf, baru nak ambil peringatan, baru nak kelam kabut. Contoh sekarang ini negara kita dilanda simtom H1N1, semua dah kalut ada yang mula mencari ustaz-ustaz dan alim ulama' nak minta ayat-ayat dan doa-doa penawar dan ayat pelindung diri, sebelum ini mereka diabaikan, tidak diambil perhatian, segala ajaran dan nasihat yang disampaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ingatlah sesungguhnya Allah s.w.t. maha Adil, Allah s.w.t. akan menimpakan azabnya kepada semua tidak kira siapa. Jadi marilah kita sama-sama ambil iktibar dan bertaubat kerana sesungguhnya Allah s.w.t. maha Kuasa lagi maha Perkasa.
Sesungguhnya kita tidak sedar BETAPA SAYANG NYA ALLAH PADA KITA.....