Follow Here

Sunday, April 13, 2014

Tak Cukup Berfikir

Assalamualaikum..

Lama. Memang cukup lama aku tidak meracau jiwa tapi "Lama" itu bukan alkisahnya. Berbagai perkara yang telah berlaku pada kehidupan, hati dan jiwa aku, kalau nak dinaqalkan menjadi sebuah buku hanya akan menjadi bahan gelak tawa. Kenapa aku pulang semula ke laman yang dah lama dibiarkan? kerana aku tiada lagi ruang peribadi yang boleh memantulkan ketenangan. Dari April 2012 dan sekarang April 2014, dua tahun yang terlalu banyak corong dan lohong. Kehidupan, keluarga, pengajian, cinta dan kawan-kawan, kesemuanya menimbulkan masalah yang berlainan. 

Alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat nafas nyawa dan Islam walaupun keimanan dan ketaqwaan aku masih belum utuh namun aku akan tetap usaha untuk pebaiki segala kelemahan yang nyata di mata. Hidup aku masih seorang pemusafir mengaji dan mencari ilmu agama di bumi Mesir, hidup berdikari bersama kawan-kawan menjadi kebiasaan jika ada gula mesti ada manisnya jika ada garam ada masinnya. Berselisih faham dengan mereka bukan perkara yang luar biasa mungkin hanya perbedaan umur, ilmu dan fikrah. Ada yang tak kenang budi, ada yang tak menghargai, ada yang suka menyindir, ada yang kasar dan ada yang baik budi, aku juga rimas dengan tabiat perangai mereka yang kurang menyenangkan tapi aku jadikan ia sebagai cermin bagi diri aku, kerana mungkin semua sifat itu ada pada aku yang patut aku hilangkan.

Bila aku berfikir diluar kotak mereka fikir aku melawak, bila aku memberikan komitmen mereka kata aku ditaktor, jika aku mengkritik mereka menyangka aku gila kuasa. Begitulah manusia, jika kita buat baik mereka mengata jika sebaliknya juga sama, aku simpati dengan mereka semua biarkan sikap mereka dan sabar itulah jawapan yang sedia ada. Jasa baik aku balas perangai jahat serah pada tuhan.

Bila dah kenal maka kita kawan, tali ukhuwwah tetap kekal.

Alhamdulillah sekali lagi atas kurniaan anak yang kedua buat kakak aku walaupun dengan jalan bedah rezeki tetap tak tergandah. Ibu pula dapat rezeki berpeluang menunaikan umrah bersama saudara-mara, tercapai juga ibu menjejak kaki di tanah suci moga ibu berpeluang menunaikan haji pula nanti amin.. abang dan kakak kedua pula akan mendirikan rumahtanga tak lama lagi kemungkinan majlis akan dia adakan bersama-sama, semoga mereka diluaskan lagi mencurah-curah rezeki setelah berkahwin nanti, itulah rezeki yang berterusan amat rapi apa yang tuhan rancangkan untuk keluarga aku moga semuanya diberkati dan berjalan dengan lancar.

Aku pula masih berusaha untuk berganjak dari takuk yang lama, sekarang aku telah pun bertunang dengan seorang yang aku pilih untuk hidup bersama, moga pilihan aku diberkati oleh yang Esa. Aku masih bersabar menanti giliran aku untuk tamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat, Mesir insyallah izinkanlah. Sudah 6 tahun aku berada di bumi Mesir, biar berkali aku diuji dalam pengajianku tapi aku amat sedih bila mereka mengatakan yang aku tidak komitmen dalam pembelajaran, bercakap memang senang berbanding kita yang melalui. Apa yang mereka katakan memang menyakitkan tapi siapalah aku nak cakap lebih-lebih sebab aku hanya seorang anak bongsu kata-kata aku hanya sebuah sampah bagi mereka, pengalaman aku hanya hikayat dongeng disisi mereka, nilai aku hanya layak menuruti segala kata kehendak mereka.

Tak ada apa, tak mengapa selagi tuhan ada.

Cinta dan kasih sayang, kalau tak matang susah nak diajar masih buta dan bisu. Hanya nak cinta? kasih? dan sayang? atau nak tiga-tiga? inilah jadinya bila kita keliru dan jahil, mereka fikir hanya berbekalkan tiga ini mereka akan bahagia. Mereka tak tahu komponen-komponen yang penting dalam kebahagiaan sifat kepercayaan, ikhlas, kefahaman dan sebagainya bahkan terlalu taksub dengan cinta, kasih dan sayang, itu semua sia-sia bila ego dan amarah masih beraja dalam hati. Ingin mengajar dan dipelajari, bertolak ansur bukan bongkak tuduh menuduh, tiada santun kasar dan biadap, hendak dilayan tak mahu melayan, belum berlayar sudah menolak kewajipan, Bagaimanalah hendak digelarkan suami isteri jika segalanya serong tak mengerti...

Aku tetap bersyukur dengan pilihan aku sekalipun acap kali diguris, aku tetap berdoa memohon keberkatan dariNya.. ya illahi berkatilah kami pimpinlah kami dengan RahmatMu.. Allahumma aminn...


Ibu dan mak ngah tenang jiwa tika umrah di tanah suci

Hati ini bergelonjak sabar menanti giliran rezeki ke tanah suci, adakah akan dipertemukan Heliza nanti? Allah lebih mengetahui apa yang belum terjadi....

Sunday, April 1, 2012

Sejarah April Fool





Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.




Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

-Info-

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Kita seharusnya memikirkan serta menkaji sesuatu perkara sebelum kita melakukannya, itu melambangkan kita seorang muslim yang bijaksana inilah yang dituntut di dalam syariat Islam. 

Dari beberapa jalan, dari ‘Abdurrahmaan bin Tsaabit bin Tsaubaan : Telah menceritakan kepada kami Hassaan bin ‘Athiyyah, dari Abul-Muniib Al-Jurasyiy, dari Ibnu ‘Umar, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :


بُعِثْتُ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ بِالسَّيْفِ حَتَّى يُعْبَدَ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَجُعِلَ رِزْقِي تَحْتَ

 ظِلِّ رُمْحِي، وَجُعِلَ الذِّلَّةُ وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ


“Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat hingga hanya Allah semata lah yang disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya; dijadikan rezkiku di bawah bayangan tombakku; dan dijadikan kehinaan dan kerendahan bagi siapa saja yang menyelisihi perkaraku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”..


Wednesday, March 28, 2012

Let’s play 21 questions!



Hey guys, this is a good way for you to know yourself and for you friends to know you! Post your answers on your blog, and don’t forget to tag your friends! 


1. When is your birthday? 
July... <------ (nampak ? belum jadi artis lagi dah ngada2) 

2. What do other people called you (your nicknames)? 
sofy & sopi 

3. Your favourite food? 
Malaysian traditional foods  

4. Favourite colour(s)? 
Green better 

5. Favourite time of the day? 
1/3night.till dawn the intrinsic of peacefull 

6. Favourite movie(s)? 
Sorry to say too many.. 

7. Favourite TV show(s)? 
House, grey anatomy much more 

8. Favourite book(s)? 
Seriously ? all book from kindergarden till now 

9. Favourite famous people? 
Aisha Ardini not famous but simple with pure heart 

10. Favourite blog(s) 
I'm just back to my blog, juz start blogwalking  

11. Who is your motivation? 
Ala bizikrillahi tadmainnal qulub... :)  

12. Who is the person you love the most in this world? 
Ofcoz my family 

13. Rank the importance of career, love and family in your opinion. 
Family > love > career (ofcouse lah ) 

14. What is your favourite childhood memory? 
Things that happen while i was at kindergarden  

15. If given a choice, would you turn back time and why? 
No thank you .. 

16. Do you have a habit that people don’t know of? 
Dont think so.. 

17. Name a super power you'd want to get. 
A jumper so i jump anywhere.. 

18.  If you could get three wishes what would it be? Why? 
In my life since i was born, wishes always turn back on me.. 

19. If you could change your name, would you leave it or change it? 
Alhamdulilah no need  

20. What is your favourite song, and do you think of someone when you listen to it? 
Dengan kuasaMu - Nur one  

21. And lastly, use a song to describe the person who tagged you in this game.
Thank you Allah - Maher Zain 




And the tag is : Ain, Fitewi, Qiya, and Fahim . p/s : my best friend ask me to play this 21 questions :) sure no problem..  


Last advice : teruskan berzikir pada Allah agar hati kembali tenang...


write your name on the snow



Tuesday, March 27, 2012

Sedetik berpisah


assalamualaikum, apa khabar korang semua this is it i'm back punching the blog since lama sangat tak update serius lama giler tak update, ni pehal plak aku tetibe rajin? hangat-hangat tahi hidung ke main blog ni? hah sorry to say lah maybe i'm to busy with my job as a khalifah on the muka bumi, as a mahasiswa, books and classes sememangnya jadi girlfriend yang sangat setia you all pun tau kan and my fingers can't stop making typing error asyik nak buat shortform je dah macam tak reti nak tulis penuh DAMN... 

ok fine atleast bebelog ni kembali mengingatkan aku tatatertib tulisan and kesabaran, so kita stop jap dari guna singkatan-singkatan perkataan macam kita guna kat dalam YM. ...................................... (aku tengah tenung skrin komputer aku ni) serius theres too many in my mind tak tau nak share yang mana dulu kat korang semua, theres a lot has happened in my life about the study, family, friends, girls, politics, the responsibilities and many more. Before that thanks to "WAN SAMIHAH" kalau tak silap nama dia kat fb macam tu kot, kalau silap buat-buat tak nampak je la, she's diantara mereka-mereka yang tanya aku "blog bila nak update? " "bila? bila?..." to all the others facebookers yang keep on asking thanks alot i really apreciate it. 

Baik ler...ni aku update balik blog ni hah, aku pun dah lupa yang aku ada letak link belog kat profile fb ok takpe no worry. Kalau nak update segala perkara ilmiah tak kiralah ilmu agama ke, sains, matematik, global, politik memang tak habis jawabnya so korang boleh cari sendiri kat libary-libary kat sekolah or search internet, macam-macam ada lagu-lagu k-pop, ceramah agama, isu parlimen, tutorials, dokumentari or what ever just name it insyallah jumpa, here aku akan share ngan korang fikrah, pengalaman hidup aku or info-info yang bermanfaat la kot. Blog aku ni ala kadar je ramai otai-otai belog yang hebat so pergi la melawat diorang sementara diorang masih bernafas. And if korang ada respon or soalan juz roger me.. sharing is caring.

Hmm...ok i think better i introduce myself again maybe ada yang tertanya-tanya who am i, secara ringkas la, people call me sofy born in KL family asal Melaka, half my life terbahagi kepada 2, separuh umur aku sejak dari lahir habis di KL dan separuh lagi di Kelantan sebab belajau kat sana. Mana lagi? yah yang selebihnya aku taburkan kat Mesir, of course now i'm in Egypt dah 3 tahun kat sini, ambik ape? BA Law Syariah Islamiah still under going ( please do pray for me thanks peps :) ) apa lagi? juz a simple guy biasa-biasa je, pendiam but sewel if dah sangat rapat huhu, minat any music, reading, sports tak ada masalah semua sebat flexible but top 3 bola sepak, golf and futsal, yang lain if ada orang ajak no problem on je. Okeh tu je, friends? tak ada masalah aku kawan dengan semua orang asalkan baik.

hmm.....mood aku tak brapa nak ada ni, dah la tu nanti aku sambung lagi ke entri yang lain, pelan-pelan kayuh, kalau semua nak update kat sini letih pulak korang berejam-rejam kena baca and aku plak yang lenguh menaip. So em thanks la pada yang sudi membaca blog yang tak sebrapa ni. Last nasihat perbanyakkanlah selawat pada baginda Rasulullah S.A.W.








sophy bash



Saturday, June 4, 2011

Siapa Pilihanku ?



Kini aku ditanya lagi tentang baitul Muslim.
Benarlah kata seorang sahabatku, mereka yang bila mana dah menaiki tangga ini, kongsikanlah pula kisah-kisah baitul muslim untuk dijadikan tauladan. tahniah pada sahabat-sahabatku yang telah menempuh alam pernikahan dan yang akan menghadapinya pada tahun ini.
Jujur aku katakan, aku sendiri masih lagi bertatih dalam stategi menempuhinya dan terlalu banyak tarbiyah yang perlu aku pelajari sebelum melangkahnya.