Lama. Memang cukup lama aku tidak meracau jiwa tapi "Lama" itu bukan alkisahnya. Berbagai perkara yang telah berlaku pada kehidupan, hati dan jiwa aku, kalau nak dinaqalkan menjadi sebuah buku hanya akan menjadi bahan gelak tawa. Kenapa aku pulang semula ke laman yang dah lama dibiarkan? kerana aku tiada lagi ruang peribadi yang boleh memantulkan ketenangan. Dari April 2012 dan sekarang April 2014, dua tahun yang terlalu banyak corong dan lohong. Kehidupan, keluarga, pengajian, cinta dan kawan-kawan, kesemuanya menimbulkan masalah yang berlainan.
Alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat nafas nyawa dan Islam walaupun keimanan dan ketaqwaan aku masih belum utuh namun aku akan tetap usaha untuk pebaiki segala kelemahan yang nyata di mata. Hidup aku masih seorang pemusafir mengaji dan mencari ilmu agama di bumi Mesir, hidup berdikari bersama kawan-kawan menjadi kebiasaan jika ada gula mesti ada manisnya jika ada garam ada masinnya. Berselisih faham dengan mereka bukan perkara yang luar biasa mungkin hanya perbedaan umur, ilmu dan fikrah. Ada yang tak kenang budi, ada yang tak menghargai, ada yang suka menyindir, ada yang kasar dan ada yang baik budi, aku juga rimas dengan tabiat perangai mereka yang kurang menyenangkan tapi aku jadikan ia sebagai cermin bagi diri aku, kerana mungkin semua sifat itu ada pada aku yang patut aku hilangkan.
Bila aku berfikir diluar kotak mereka fikir aku melawak, bila aku memberikan komitmen mereka kata aku ditaktor, jika aku mengkritik mereka menyangka aku gila kuasa. Begitulah manusia, jika kita buat baik mereka mengata jika sebaliknya juga sama, aku simpati dengan mereka semua biarkan sikap mereka dan sabar itulah jawapan yang sedia ada. Jasa baik aku balas perangai jahat serah pada tuhan.
Bila dah kenal maka kita kawan, tali ukhuwwah tetap kekal.
Alhamdulillah sekali lagi atas kurniaan anak yang kedua buat kakak aku walaupun dengan jalan bedah rezeki tetap tak tergandah. Ibu pula dapat rezeki berpeluang menunaikan umrah bersama saudara-mara, tercapai juga ibu menjejak kaki di tanah suci moga ibu berpeluang menunaikan haji pula nanti amin.. abang dan kakak kedua pula akan mendirikan rumahtanga tak lama lagi kemungkinan majlis akan dia adakan bersama-sama, semoga mereka diluaskan lagi mencurah-curah rezeki setelah berkahwin nanti, itulah rezeki yang berterusan amat rapi apa yang tuhan rancangkan untuk keluarga aku moga semuanya diberkati dan berjalan dengan lancar.
Aku pula masih berusaha untuk berganjak dari takuk yang lama, sekarang aku telah pun bertunang dengan seorang yang aku pilih untuk hidup bersama, moga pilihan aku diberkati oleh yang Esa. Aku masih bersabar menanti giliran aku untuk tamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat, Mesir insyallah izinkanlah. Sudah 6 tahun aku berada di bumi Mesir, biar berkali aku diuji dalam pengajianku tapi aku amat sedih bila mereka mengatakan yang aku tidak komitmen dalam pembelajaran, bercakap memang senang berbanding kita yang melalui. Apa yang mereka katakan memang menyakitkan tapi siapalah aku nak cakap lebih-lebih sebab aku hanya seorang anak bongsu kata-kata aku hanya sebuah sampah bagi mereka, pengalaman aku hanya hikayat dongeng disisi mereka, nilai aku hanya layak menuruti segala kata kehendak mereka.
Tak ada apa, tak mengapa selagi tuhan ada.
Cinta dan kasih sayang, kalau tak matang susah nak diajar masih buta dan bisu. Hanya nak cinta? kasih? dan sayang? atau nak tiga-tiga? inilah jadinya bila kita keliru dan jahil, mereka fikir hanya berbekalkan tiga ini mereka akan bahagia. Mereka tak tahu komponen-komponen yang penting dalam kebahagiaan sifat kepercayaan, ikhlas, kefahaman dan sebagainya bahkan terlalu taksub dengan cinta, kasih dan sayang, itu semua sia-sia bila ego dan amarah masih beraja dalam hati. Ingin mengajar dan dipelajari, bertolak ansur bukan bongkak tuduh menuduh, tiada santun kasar dan biadap, hendak dilayan tak mahu melayan, belum berlayar sudah menolak kewajipan, Bagaimanalah hendak digelarkan suami isteri jika segalanya serong tak mengerti...
Aku tetap bersyukur dengan pilihan aku sekalipun acap kali diguris, aku tetap berdoa memohon keberkatan dariNya.. ya illahi berkatilah kami pimpinlah kami dengan RahmatMu.. Allahumma aminn...
Ibu dan mak ngah tenang jiwa tika umrah di tanah suci |
Hati ini bergelonjak sabar menanti giliran rezeki ke tanah suci, adakah akan dipertemukan Heliza nanti? Allah lebih mengetahui apa yang belum terjadi....
No comments:
Post a Comment