Follow Here

Saturday, June 4, 2011

Baginda s.a.w. berpeluh





Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah saw memperbaiki kasut baginda s.a.w. Di dahi baginda s.a.w. mengalir peluh hingga ke pipi.. ketika itu Aisyah r.a. datang dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah teringatkan sesuatu.. Lalu Rasulullah saw bertanya :
''apakah yg menyebabkan engkau tercengang?''

Siti Aisyah r.a. menjawab :

''Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kahir Al-Hazli melihatmu, pastilah engkau orang yang paling berhak akan syairnya....''

Baginda bertanya lagi :
''apakah yang dia katakan?.."

Siti Aisyah r.a. menjawab dengan lantunan syair:

''Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan),
susuan ibu atau sakit yg melarat, 
Jika engkau memandang wajahnya yang berseri-seri,
bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar.''


Baginda Rasulullah s.a.w. tatkala mendengar syair itu terlepas apa yang ada di tangan baginda (kerana teruja), lalu bangun mencium dahi Aisyah dan berkata :

"kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!''....

p/s : (Lihat juga RAHMAT UL-LIL-Aalameen;jilid 2,ms.153)


No comments: