Follow Here

Friday, September 11, 2009

sejenak bersama JUHA

Sembelih Kambing
Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya. Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya.” . “Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. . “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.” Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya. .“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha.. Ikuti kisah-kisah JUHA di http://addamanhuri86.blogspot.com/
Siapakah JUHA ?
(*) Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW. Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

No comments: