Follow Here

Saturday, September 19, 2009

PROSPEKTUS UNIVERSITI TERBUKA RAMADHAN RAMADHAN OPEN UNIVERSITY DAFTAR SEGERA PENDAFTARAN SECARA ON LINE 44342 TERBUKA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA KURSUS YANG DITAWARKAN Kedoktoran ( PHD ) TAQWA Master ( MA ) TAQWA Ijazah ( BA ) TAQWA Diploma TAQWA Sijil TAQWA MODUL ATAU SUBJEK ( Teori dan praktikal ) Pendidikan Rohani: Solat Fardhu dan Solat Sunat Tarawih, Puasa, Tadarrus Al Quran, Qiyamullail, Sedeqah, Zikir, Istighfar, Selawat, Tasbih Pendidikan Akhlak: Ikhlas, Taubat, Khauf, Raja’, Zuhud, Tawakkal, Siddiq, Mahabbah, Redha bil Qodho’, Zikrul Maut, Sabar, Syukur, Perihatin, Belas kasihan, Timbang rasa, Taat, Berjihad, Qanaah Pendidikan Jasmani: Kesihatan tubuh badan KEISTIMEWAAN Bulan Agung lagi Berkat Penghulu segala bulan Nuzul Al Quran Lailatul Qadar Pahala berganda 2 kegembiraan Bertambah rezeki Terbuka pintu Syurga, terkunci pintu Neraka Syaitan dirantai Dibuka segala pintu Rahmat Awal bulan Rahmat, pertengahan keampunan dan akhir kemerdekaan daripada api neraka KELAYAKAN MASUK Islam, Aqil, Baligh ( Kanak-Kanak dipertimbangkan ), Kuasa atau Upaya, Berminat, Suci daripada Haidh dan Nifas, Bermuqim DIBOLEHKAN TIDAK MEMOHON Orang musafir, Orang sangat tua yang tidak lagi berupaya, Orang sakit yang tidak diharapkan sembuh, Orang sakit, Perempuan yang hamil atau menyusukan anak KEPERLUAN ASAS Iman, Ilmu, Niat di waktu malam, Menahan diri daripada makan, minum, jimak, mensengajakan muntah, memasukkan sesuatu ke dalam rongka badan yang terbuka dan mengeluarkan mani pada siang hari UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARANGAN DAN PENJAGAAN ( supaya tidak kena ulang ) Jangan makan, minum, memasukkan sesuatu ke dalam rongka badan yang terbuka, mensengajakan muntah, jimak, mengeluarkan mani dan berbuka dahulu daripada yaqin. Jangan jadi gila walaupun sesaat, pitam atau mabuk sepanjang hari atau murtad PERHATIAN DAN PERINGATAN ( supaya tidak dikurangkan markah ) Jangan berbekam, merasa makanan, memamah sesuatu, mengkucup isteri, membanyakkan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung Jangan makan makanan dan minum minuman yang makruh semasa dan selepas berbuka dan bersahur GALAKAN DAN DORONGAN ( menambah kredit ) Segera berbuka, Berbuka dengan buah tamar, Berdoa semasa berbuka, Memberi makan kepada orang yang puasa untuk berbuka, Bersahur, Ta’akhirkan bersahur, Meninggalkan bercakap yang sia-sia dan keji, Meninggalkan sekelian keinginan, Mandi daripada hadas sebelum fajar, Membanyakkan sedeqah, Memperbanyak dan mempelbagaikan ibadat: Tadarrus Al Quran, Mengerjakan solat Tarawih, I’tikaf dalam masjid, Banyak berdoa, Memohon keampunan dan keredhaan Allah, Berzikir, Mengerjakan solat-solat sunat, Belajar, mendengar dan mengikuti pengajian, kuliah, tazkirah dan ceramah agama, Mengajar, memberi kuliah, menyampaikan ceramah agama dan tazkirah PENDAFTARAN PERCUMA 29 dan 30 Syaaban setiap tahun JANGKAMASA KURSUS Sebulan dalam bulan Ramadhan MAJLIS KONVOKESYEN 1 Syawal *Setiap masjid dan madrasah *Takbir bermula dari maghrib malam raya hingga solat hari raya *Solat sunat Tasbih pada malam raya *Berzikir selepas solat Subuh *Mandi sunat hari raya *Berpakaian baru anika fesyen menutup aurat *Ziarah dan silatur rahim *Bermaafan-maafan *Menjamu selera *Solat sunat hari raya *Mendengar khutbah *Ziarah kubur PENGIKTIRAFAN Diiktiraf dan diakui di dua alam, Dunia dan Akhirat oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad RasululLah saw PINGAT Hamba Allah p/s : sekadar untuk peringatan pada semua

No comments: