Setiap orang perlukan kawan, teman, gang, orang-orang yg kita boleh berhubung, tapi apekah itu kawan? Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak-lepak? Rakan-rakan sekolah? Atau kawan-kawan yg bersama kita semasa kita kecil? Xda prejudis, xda perbezaan, xda pertandingan, xda persaingan, Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Xda hal…..skarang nie stakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas, tak payah kluar rumah xpayah buang kerusi, tenung skrin computer kletak-kletok jer keyboard.. boleh suke bende yg sama x suke pun xpe, kenal x kenal blakang citer.. risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yg tidak boleh diduga.
Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan teman dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita, hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali, hanya menungu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan..
Seperti surat-surat kiriman kenalan yang dekat dan jauh, kita mengembara dari satu tempat ke tempat yg lain, membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yg ingin kita kongsi , seperti sebutir habuk yg ditiup angin kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan …
Kita memikul beban dan pengalaman pahit yg ingin kita tinggalkan, kisah silam yg ingin kita lupakan, berpegang pada harapan untuk memulakan hidup yg baru. Satu hari kita akan sedar melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yg akan mendewasakan kita.
Nak tak nak kita terpaksa membuat pilihan dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yg tidak dapat dielakkan.. pengembaraan yg akan membawa kita ke tempat yg baru dan yg akan membawa kita pulang..
Kita tak boleh lari tapi kita beranikan diri tabah untuk mencari ruang untuk mencari kebebasan. Akhirnya ruang membuatkan kita leka, lupa dan lalai. Memaksa kita berfikir, membebankan kita, membebaskan kita, melemas dan menelam kita semula.
Kadang-kadang kita lupa, bercakap bukan sekadar bercakap, mendengar bukan sekadar mendengar. Tapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian, mencari kesefahaman. Bila kita gagal untuk berkata-kata kita perlukan seseorang untuk membantu. Kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita, jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan , si dia yg telah kita kehilangan. Tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan penganti tempat kita mengadu..
Bila dunia kita lumpuh kita belajar untuk bangun semula kita makan, minum, dan membuang masa seperti biasa tanpa menyedari segalanya sudah pun berubah. Kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata-kata dan kita mungkin terkapai-kapai untuk bersuara .
Setiap yg kita lakukan mesti kena dengan caranya, nak buat minuman sedap, gula, air,susu mesti secukup rasa. Nak masak lauk kene pilih bahan, kene pandai kawal api, dan sukatan rencah perlu tepat tak lebih tak kurang untuk menjadikannya sesuatu yg boleh di nikmati. Kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan..
Seperti juga dalam bercinta lebih kurang sama je, itu dan ini mesti ada, mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan, baru boleh suke sama suke Dan dalam persahabatan diperlukan keserasian dan keikhlasan, baru lah boleh ngam.. dan dalam kenal mengenal antara satu sama lain pula, mesti ada kesabaran dan kesefahaman. Akhirnya..bila kita bertemu dan saling berkenalan bila kita sudah sehaluan hanya masa akan menentukan perjalanan persahabatan kita.
Menunggu…rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu, menunggu masa, menunggu peluang, menunggu nasib, menunggu tanpa penghujung sehingga kita asyik bertanyakan bila..bila..bila., atau sampai bila, tetapi macam mana bosan, jemu, jenuh menunggu kita terpaksa menunggu. Dah macam satu pekerjaan pulak atau satu bidang yg tidak mendatangkan hasil. Tapi kadang-kadang menunggu tu kita rasa berbaloi jugak bila kawan-kawan ada disamping kita. Bila semuanya di luar kawalan kita apa yang boleh kita buat selain menunggu dan mengharap, apa yg boleh kita buat hanya tunggu dan lihat.
Apabila kita sedar dunia yang telah kita bina sebenarnya rapuh dan mula retak kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan kerana itu saja yg kita mampu lakukan.
Kita sedar perjalanan yg mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yg kita impikan, hubungan yg kita jalinkan menjadi semakin rumit, badan yg bertungkus-lumus menampung hidup semakin penat, hati yg kita harap akan lembut menjadi semakin keras, dan kesunyian yg membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan .
Berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan. Tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini selangkah demi selangkah, bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yg datang mencari. Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yg telah hilang..
Dihimpun dari "mencari kami, menjadi kami"
No comments:
Post a Comment