Follow Here

Sunday, April 19, 2009

kisah dari abu qudamah

Satu kisah daripada Abu Qudamah ketika mana beliau dalam perjalanan pulang daripada menyeru masyarakat Islam supaya berjihad di Jalan Allah, maka bertemulahbeliau dengan seorang perempuan tua. Perempuan tersebut menahan perjalanannya untuk memberikan satu barang yang berbungkus kemas kepada Abu Qudamah. Lalu, Abu Qudamah membukanya lantas didapati satu jalinan rambut yang panjang berada di dalam bungkusan itu. Maka perempuan tua itu mengatakan bahawa, hanya dengan rambut itu sahaja yang mampu disumbangkan untuk jihad kerana keuzuran yang ada padanya. Jadikanlah jalinan rambut itu sebagai tali pengikat kuda-kuda di medan jihad. Di dalam satu peperangan, kelihatan seorang pemuda yang berada di barisan hadapan di medan peperangan begitu cekap dalam meluncurkan anak panahnya kepada sasaran (musuh). Abu Qudamah seringkali memerhati kepada pemuda tersebut kerana ketangkasannya dalam mengendalikan busur dan anak panahnya. Setiap kali dilancarkan sasaran, pasti akan mengena kepada sasaran yang ditujunya. Namun, dengan kuasa Allah, tiba-tiba meluncurlah satu anak panah dari pihak musuh lalu terkenalah tepat di dahi pemuda berkenaan. Abu Qudamah segera menghampirinya. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, sempat beliau berpesan kepada Abu Qudamah supaya mengambil secebis cebisan kain dariapada belakang bajunya. Lalu, syahidlah seorang pemuda dan tercapailah cita-citanya yang sekian lama diimpi-impikan. Maka selepas daripada peristiwa tersebut, Abu Qudamah seterusnya menguruskan jenazah pemuda berkenaan. Tetapi, peliknya, ketika dimasukkan ke dalam liang lahad, beberapa kali jenazah pemuda berkenaan dimuntahkan kembali oleh kubur ke permukaan bumi. Beberapa kali Abu Qudamah mencuba untuk mengebumikannya, tetapi tidak berjaya. Abu Qudamah kehairanan lalu beliau solat memohon petunjuk daripada Allah. Sehinggalah datang satu suara yang menyuruh Abu Qudamah agar jangan mengebumikan pemuda berkenaan. Kemudian datanglah satu kumpulan binatang-binatang buas ke arah jenazah pemuda berkenaan lantas memakan daging-dagingnya pemuda berkenaan. Dan datang pula sekawan burung-burung memakan sisa-sisa daging yang masih berbaki sehinggalah hilang jenazah berkenaan daripada pandangan manusia. Selepas daripada kejadian berkenaan, Abu Qudamah berusaha menjejaki keluarga pemuda tersebut. Masuklah Abu Qudamah ke kampung-kampung bertanyakan akan asal pemuda berkenaan dengan membawa bersama cebisan kain daripada baju pemuda itu. Sehinggalah, sampai di satu rumah, seorang perempuan begitu mengenali baju tersebut lalu dipanggil ibunya. Rupa-rupanya, kedua-dua perempuan itu adalah adik dan ibu kepada pemuda berkenaan. Sebaik sahaja melihat baju tersebut, segera si ibu bertanyakan kepada Abu Qudamah adakah anaknya selamat dikebumikan ataupun tidak. Maka Abu Qudamah segera menceritakan apa yang berlaku terhadap anak beliau. Si ibu tidak terkejut dengan apa yang diceritakan. Malah beliau menceritakan kisah anaknya ketika hidup yang senantiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan kepadanya Syahid, dan jadikanlah jenazahnya nanti sebagai makanan kepada burung-burung dan haiwan-haiwan. Begitulah satu kisah yang berlaku kepada seorang pemuda yang ibunya adalah perempuan tua yang memberikan jalinan rambutnya yang panjang kepada Abu Qudamah untuk dijadikan tali pengikat kuda-kuda di medan jihad.

No comments: