Untuk paparan semua, esok puasa, bak kata ipin...malam ni tawarikh la jawab nyer, beginilah suasana sehari sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak di Dumyat, Egypt. Biasanya tiap-tiap hari Jumaat ada "suq jumu'ah" pasar tani hari jumaat. Semuanya Fresh dari ladang, murah, dan banyak pilihan, cuma nak beli kenalah hati-hati sikit takut leka memilih duit kene saku dek arab...
hah..beli-beli harga boleh dibincang..
Masjid Ar Rahman (suasana maghrib)
Siang tadi sibuk dengan jual beli, bila maghrib menjelma ke masjid la mane lagi. Sunyi sepi, kedai semua tutup awal untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada ibadat dan menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Di masjid inilah kami menunaikan sembahyang terawih memandangkan esok disahkan mula berpuasa. Kereta tu tidak ada kene mengena, kebetulan parking kat situ jadi alang-alang masukkan dalam angle sekalilah...
No comments:
Post a Comment